Tuesday, January 11, 2011

PKR, DAP perkudakan PAS, MCA pulak dapat ilham PERKOSA UMNO

PKR, DAP perkudakan PAS, MCA dapat ilham PERKOSA UMNO


KUALA LUMPUR, 8 Dis  – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Naib Presiden Umno itu berkata banyak pihak telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Presiden MCA itu menggunakan konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu sebagai platform untuk melahirkan keluhan dan rintihan terhadap parti pemerintah ini.

“Saya dengar ramai yang tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Soi Lek termasuk pemimpin-pemimpin MCA sendiri, dalam konteks konvensyen BN,” kata Hishammuddin pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Kenyataan Hishammuddin hari ini kelihatan satu persekitaran menghidupkan balik ‘perang’ antara dua komponen BN ini, selepas kedua-dua berbalas pandangan berhubung saranan MCA mengenai pemansuhan tindakan afirmatif dan sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera.

Bagaimanapun Hishammuddin jelaskan, meskipun kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Dr Chua, apa yang lebih penting ialah konvensyen Ahad lalu menunjukkan BN adalah satu perikatan yang benar-benar bersatu.

“Kesemua presiden parti dalam BN telah diberi peluang untuk memberikan ucapan tetapi sudah pasti, isu sensasi ini (yang) dipetik,” kata beliau.

Hishammuddin menambah, jika beliau respons ke atas kenyataan keras Dr Chua terhadap parti pemerintah, isu itu kemungkinan akan berterusan sewenang-wenangnya.

“Sebaliknya, saya mahu melihat ke depan. Apa yang dikatakan (oleh Dr Chua) mungkin terjadi ke atas kesemua pemimpin, kesemua parti, tetapi apa yang penting ialah rumusan konvensyen, dalam ucapan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak), kata-kata beliau dan aspirasi beliau untuk mentransform BN, itu yang lebih penting,” kata beliau.

Berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terbuka membidas Dr Chua dalam rencana disiarkan hari ini berkenaan dengan isu “Ketuanan Melayu” dan kenyataan mengenai sistem “abang, adik” yang wujud dalam BN, Hishammuddin berkata:

“Kemungkinan ada sedikit kekecewaan dirasakan oleh beberapa pemimpin tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju secara total dengan Soi Lek atau BN bersetuju dengan timbalan menteri.”

Orang Melayu Memang Begitu

Itulah orang Melayu, sangat berbudi bahasa, sangat tidak berkira, sangat menjaga hubungan, sangat berhati-hati bila berbicara.

Tetapi, bangsa lain, hentam tak kira masa, herdik tak kira tempat, mencaci sewenang-wenangnya, berkata tak tengok muka, rakan sendiri tak pernah dijaga hati, janji kepentingan puak sendiri jadi realiti.

Adakah orang Melayu menunggu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh orang Cina pada 13 Mei berulang baru mereka nak cawat kote?. Hayati kata-kata orang Cina detik sebelum 13 Mei:
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.
 

**ANAK ARAB** © 2008. Template Design By: SkinCorner